Skip to content Skip to footer

Pink Oktober, Kunjungi Kempen Kesedaran Kanser Payudara Di VivaCity Kuching Esok

Bulan Oktober merah jambu

Pink Oktober, Kunjungi Kempen Kesedaran Kanser Payudara Di VivaCity Kuching Esok. Medi Beaute akan menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara dengan kerjasama Sarawak Breast Cancer Support Group dan KPJ Kuching.

Acara tersebut bakal berlangsung di VivaCity Megamall, E-Atrium, aras bawah pada Sabtu (29 Oktober) dari 10 pagi hingga 8 malam.

Menerusi kempen ini, aktiviti seperti pemeriksaan kanser payudara percuma, ceramah kesihatan kanser payudara oleh SBCSG dan KPJ Kuching, dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Kesedaran tentang kanser payudara

Selain itu, turut diberikan goody bag percuma, rawatan mata cergas percuma bernilai RM180, dan promosi dan Medi Beaute juga disediakan.

Hasil kutipan yang diterima menerusi kempen ini akan disumbangkan kepada Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG).

Medi Beaute ialah jenama estetik kecantikan yang menyediakan rawatan muka, badan, spa, postnatal,penjagaan rambut serta membantu merawat dan meyerikan kulit.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Penny Yap di 017-2924589 atau layari laman web Medi Beaute’s di www.medibeaute.com.my.

Source Link – https://www.iloveborneo.my/pink-oktober-kunjungi-kempen-kesedaran-kanser-payudara-di-vivacity-kuching-esok/